Wednesday, 24 August 2011

Wahai Adam

Adam....

            Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa,temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu,sentiasa mahu terpesong dari landasan,kerana aku buruan syaitan.

Adam....

            Maha Suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman,itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa, kaumku sendiri rupanya!
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya,jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu, tapi semestinya tidak lebih dari empat pada satu waktu. Tentu engkau lebih tahu dari diriku sendiri.

Adam....

            Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merungsingkan aku. Tetapi,aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Ah...semuanya sudah aku maklumi. Namun,terasa berat pula untukku nyatakan isi perkara pokoknya?

Adam....

            Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah penguasa terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidikku, kau diberi tanggungjawab untuk menjagaku,malah untuk memerhati dan mengawasi gerak perilaku aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu, Allah azzawajalla.
Tetapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini,aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari landasan yang sepatutnya lebih lurus, jalan yang ditetapkan asalnya Allah mahukan aku tinggal tetap di dalam rumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan patutnya menjadi jejak kaki ini.
Jika pun ada, patutnya engkau lebih maklum tentu kerana aku hanya terpaksa, tetapi aku tak lupa untuk menutup seluruh tubuh dan aurat perempuanku, darilah hujung rambut (kalau tak botak), hinggalah hujung kakiku yang ayu.
Tetapi, realitinya kini, hawa telah mengada-ngada, telah lebih dari yang sepatutnya!

Adam....

            Mengapa kau hanya membiarkan aku begini? Engkau mahu aku jadi isteri, aku sudah buat. Engkau mahu aku jadi ibu pada anakmu, juga aku telah laksanakan. Engkau mahu aku jadi seorang guru, juga aku anggukkan kepala. Engkau lihat, aku telah menjadi ibu dan guru pada anak-anakmu. Engkau suka kan?
Tetapi, pada masa yang sama juga, adakah engkau faham, aku telah menjaja diriku ke muka dunia, menguruskan hal Negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal engkau hanya mampu duduk goyangkan kaki, sambil menyanyi lagu Mariah Carey lagi. Seronokkan?
Engkau lihat, ada antara kaummu yang mengganggur tiada kerja. Kau perhatikan sahaja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyinsing peha. Seksi kan? Tetapi aku masih baik, masih mahu selamatkan Negara kita. Apakah sekarang engkau tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadap perempuan baik seperti aku?

Adam...


Marahkah jika aku katakan andainya Hawa terpesong, maka Adam lah
puncanya, engkaulah yang patut tanggung! Mengapa begitu Adam?! Ya... Ramai orang berkata jika anak jahat emak bapak tak pandai mendidik, kononnya kita ni macam orang tak pernah pergi sekolah. Jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar, seolah tak ada sijil universiti lulusan dari Amerika!

Adam...

            Kau selalu berkata, hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak suka makan nasihat (sebab kami suka makan coklat ajer), kepala batu (walaupun rambutku pakai syampu sunsilk)! Pada fikiranku ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu dahulu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Memang engkau bukanlah seorang Nabi, tetapi sedarlah bahawa namamu seorang Lelaki?! Engkau kenal siapa itu lelaki? Kau tanya dirimu, adakah kaum Adam melayani kaum Hawa sama adilnya seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak kaum Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam....

            Kau sebenarnya imam dan tentulah aku menjadi makmumnya. Aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah seorang ketua. Tentu kau suka kan Adam atau lebih patut ke Hawa memanggil diri Adam sebagai Boss? Kau hanya mampu duduk tersengih. Itu sahajakah yang mampu kau hadiahkan? Ketua jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai,lalailah aku. Kau punya kelebihan akal dan aku banyak dilebihkan dengan nafsu. Akalmu sembilan (9), nafsumu satu (1). Akalku (1), nafsuku
beribu! Banyakkan Adam? Oleh itu, pimpinlah tanganku kerana aku ini seorang yang pelupa, aku juga lalai dan alpa. Aku banyak kekurangan. Sering juga aku tergelincir ditolak oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.

            Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku mengenai kalimah syahdu dari Tuhan kita agar dapat menjadi terang hidupku ini. Tiuplah roh jihad ke dalam dadaku, agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah!

Adam....

            Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan kau saksikan hingga menjadi hancur bila kaumu sendiri yang akan mentertawakanmu, kerana pada masa itu tentu kaum Hawa berpeluang memerintah Negara! Malulah engkau Adam! Malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhan kita yang engkau agungkan? Jika hari ini kau tidak mampu berganjak, engkau tunggu dan lihatlah...
nantazir wa nara...ilal liQa`

Tuesday, 23 August 2011

Hati Mati


Surah Al-A'raaf [Tempat Tertinggi (7) ] Ayat 179

           "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai."


  • MENGAKU KENAL ALLAH SWT, TETAPI TIDAK MENUNAIKAN HAK-HAKNYA
  • MENGAKU CINTA KEPADA RASULLAH SAW, TETAPI MENGABAIKAN SUNAH-SUNAH BAGINDA SAW. 
  • MEMBACA AL-QURAN, TETAPI TIDAK BERAMAL DENGAN HUKUM-HUKUM DIDALAMNYA. 
  • MEMAKAN NIKMAT-NIKMAT ALLAH, TETAPI TIDAK PERNAH MENSYUKURI SEGALA PEMBERIANNYA. 
  • MENGAKU SYAITAN ITU MUSUH, TETAPI TIDAK BERJUANG UNTUK MENENTANGNYA. 
  • MENGAKU ADANYA NIKMAT SYURGA, TETAPI TIDAK BERAMAL UNTUK MENDAPATKANNYA. 
  • MENGAKU ADANYA SIKSA NERAKA, TETAPI TIDAK BERUSAHA UNTUK MENJAUHINYA. 
  • MENGAKU KEMATIAN PASTI TIBA BAGI SETIAP JIWA, TETAPI MASIH TIDAK BERSEDIA UNTUK MENGHADAPINYA.
  • MENYIBUKKAN DIRI MEMBUKA KEAIBAN ORANG LAIN, TETAPI LUPA AKAN KEAIBAN DIRI SENDIRI.
  • MENGHANTAR DAN MENGUBURKAN JENAZAH SAUDARA SEISLAM, TETAPI TIDAK MENGAMBIL PENGAJARAN DARINYA.


Surah Al-Ma'un [ Kebajikan atau Bantuan (107) ] Ayat 4-6

           "(Kalau orang yang demikian dikira daripada orang yang mendustakan agama), maka kecelakaan besar bagi orang yang solat.(Iaitu) yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan solatnya.(Juga bagi) orang yang berkeadaan riya¿ (menunjuk-nunjuk dalam ibadah dan bawaannya)."


Menolong Orang Yang Menghina Kita


Pada suatu hari ketika Rasulullah S.A.W sedang berjalan di Kota Mekah, Baginda S.A.W telah melihat seorang wanita tua menunggu seseorang untuk membantunya iaitu membawakan barangnya..

Tatkala Rasulullah S.A.W lalu di depannya, wanita tua itu memanggil, "ya Akhal Arab! tolong bawakan barang ini. kamu akan ku bayar nanti!"

Rasulullah S.A.W sebenarnya sengaja berbuat demikian kerana Baginda S.A.W memang berniat untuk menolongnya..Rasulullah S.AW pun mengangkat barang-barang itu dan berkata : "aku akan mengangkat barangmu tanpa bayaran"..

Wanita tua itu amat senang mendengar kata-kata tersebut kerana selama ini amat jarang orang yang membantunya tanpa meminta upah..Biasanya, walaupun tidak meminta, tetapi jika wanita itu memberi bayaran, orang dengan senang hati akan menerimanya..Wanita tua itu memandang wajah Nabi Muhammad S.A.W yang bersih..Wanita tua yakin anak muda yang menolongnya itu adalah seorang yang berbudi luhur dan jujur..

Di tengah perjalanan, wanita tua itu memberitahu, "khabarnya di Kota Mekah ini ada seorang lelaki yang mengaku dirinya sebagai nabi, namanya Muhammad. Hati-hatilah dengan orang itu, jangan sampai engkau terpedaya dengannya!"..

Wanita tua itu sama sekali tidak mengetahui pemuda yang menolongnya, yang kini ada bersamanya adalah Muhammad yang disebut itu..Lantas Nabi Muhammad S.A.W pun memperkenalkan dirinya, "aku ini muhammad.."

Wanita tua itu terperanjat..Dia tidak menyangka sama sekali pemuda yang menolongnya itu adalah orang yang sangat dibencinya..

Maka pada saat itu juga, wanita tua tersebut terus mengucapkan Syahadah..ucapnya, "Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah, dan engkau adalah Rasulullah, dan sesungguhnya engkau memiliki akhlak yang mulia"

Malu Seorang Hawa


Seorang isteri telah mengemukakan aduan kepada qadi Mu'tadid Ali ar-Rayy tentang 500 dinar (wang mas) kahwin yang belum dibayar oleh suaminya...

Wanita tadi membawa beberapa orang saksi yang menyokong dakwaannya...Si suami tidak mengakui dakwaan si isteri...

Qadi pun menyuruh saksi-saksi untuk mengemukakan penyaksian mereka untuk menyokong dakwaan si isteri...

Para saksi berkata:

"Wanita ini hendaklah memperlihatkan wajahnya supaya kami dapat pastikan dia lah wanita yang kami maksudkan."
Si Qadi menerima permintaan para saksi dan menganggapnya itu hak saksi2...

Wanita menolak untuk menunjukkan mukanya kerana malu..Si Qadi menyuruh wanita tadi untuk memperlihatkan wajahnya untuk meneruskan dakwaan tadi...

Tiba2 si suami yang bersimpati dengan isterinya segera berkata:

"Tidak usah tunjukkan muka mu. Aku mengakui dakwaan mu itu."
Si isteri terkesan dengan sikap suaminya lalu berkata:

"Aku menjadikan Allah sebagai saksi dan juga kamu semua bahawa aku halalkan semua mas kahwinku dunia dan akhirat."

Sunday, 21 August 2011

Masih Suami Isterikah Di Alam Akhirat?


1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.

Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda ' Tiada si bujang di dalam syurga' (Muslim).
Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu
menjadi ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda.. 'wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.