Tuesday, 20 October 2015

Konsep Jodoh Dalam Islam

Gambar : Google


Kemungkinan sebahgian besar orang akan bertanya, adakah jodoh sudah ditentukan atau ditakdirkan oleh Allah s.w.t? Jika demikian, adakah kita perlu mencarinya?

Konsep jodoh menurut Islam merupakan bahagian dari konsep takdir, yang menjadikan ketentuan Allah s.w.t. Benarlah jika dikatakan bahawa jodoh sudah diatur dan ditentukan oleh Allah s.w.t. Sesiapa yang beriman pasti mengakui perkara tersebut. Rezeki, jodoh, hidup dan mati sudah diatur sejak azali lagi untuk manusia dalam kitab Luhmahfuz-Nya. Namun kenyataannya untuk mencari jodoh atau pasangan hidup, ternyata tidak mudah. Hal yang berkaitan dengan jodoh merupakan satu perkara yang ghaib dan sukar dijangka. Kadang-kala, sebahagian yang lain berasa amat mudah untuk mendapatkan jodoh. Sebaliknya, sebahagian yang lain berasa amat sukar untuk mendapatkan jodoh. Bahkan masih ramai yang belum menikah sehingga usia mereka cukup tua.

Ketika takdir "berkehendak" lain, rancangan hanya menjadi rancangan dan kita tidak mampu melawannya. Walau berapa besar pun usaha kita untuk bernikah dengan orang yang kita idamkan, kita tidak akan mampu berkata apa-apa semasa takdir "berkata" lain. Namun kita tidak dibenarkan untuk berdiam diri dan pasrah tanpa usaha.

Sebenarnya Allah s.w.t mempunyai 3 pilihan dalam menjodohkan manusia.

  • Cepat bertemu jodoh
  • Lambat bertemu jodoh tetapi suatu ketika pasti mendapatkannya di dunia.
  • Menunda mendapatkan jodoh hingga ke akhirat kelak. (Di dunia tidak bertemu jodoh)

Apa yang terpenting ialah walau apa jua pilihan jodoh yang ditentukan oleh Allah s.w.t, maka hal itu haruslah diterima sebagai perkara yang terbaik bagi kita.

No comments:

Post a Comment