Monday, 2 November 2015

Perkahwinan Melayu. Adat Atau Mindset?

  Assalamualaikum


Malam tadi aku ternampak satu post di instagram tentang pernikahan. Aku rasa ada yang tak kena dengan statement tu. Hari nie aku nak berkongsi sedikit pandangan aku tentang fahaman orang kita tentang perkahwinan nie. Secara jujurnya, aku agak terkilan kenapa orang selalu kaitkannya dengan adat. Sedangkan ia sebenarnya adalah Mindset. Dan aku yakin anda semua pasti biasa mendengar perbandingan mengenai statement tentang adat dalam majlis perkahwinan melayu dan Islam nie kan. Statement tu berbunyi :


Mengikut Adat Melayu,
"Selagi Tak Kaya, Jangan Nikah."

Mengikut Syariat Islam,
"Nak Kaya, Nikah."


Mesti anda semua pernah dengar kan? Aku menyokong statement kedua tu. Mengikut ajaran Islam kalau nak kaya harus nikah. Sebab Allah janji pada mereka yang berkahwin akan di limpahkan rezeki kepada mereka.

Firman Allah S.W.T

Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di kalangan kamu, dan orang-orang yang layak [berkahwin] daripada hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan mengkayakan mereka dengan kurniaanNya. Dan Allah Maha luas [pemberian-Nya] lagi Maha Mengetahui.
(An-Nur : Ayat 32)


Gambar : Google




Benar. Allah menjanjikan rezeki kepada mereka yang akan membina rumahtangga. Kerana perkahwinan itu merupakan satu ibadah. Orang yang berusaha melaksanakan ibadah pasti disenangi Allah. Namun begitu, istilah rezeki selepas nikah itu haruslah diusahakan sendiri kerana ia bukanlah terus datang bergolek. Tapi, yang aku nak kongsikan nie bukan mengenai ayat kedua, tetapi mengenai ayat yang pertama tu.


Mengikut Adat Melayu,
"Selagi Tak Kaya, Jangan Nikah."


Emmm...betul ke adat Melayu kata macam tu?


Dari sudut pandangan aku, yang sebenarnya adat Melayu tak pernah pun kata macam tu. Itu adalah MindsetBukan orang Melayu jer faham macam tu. Tapi masyarakat seluruh dunia. Sebab mereka takut ekonomi tak stabil bila berumahtangga. Tapi yang membuatkan aku hairan, kenapa orang selalu kaitkan fahaman tu dengan adat Melayu? Sejak bila adat Melayu kata begitu? Kita dah terbiasa hidup dalam masyarakat Melayu yang mempunyai fahaman begitu, terus kita cop itu adat Melayu. Kenapa macam tu?

Cuba kita fikirkan semula, bagaimana datuk dan nenek moyang kita berkahwin. Adakah mereka mengadakan majlis seperti majlis yang kebanyakkan kita buat sekarang? Dari segi merisik, bertunang hinggalah persandingan adakah sama dahulu dan kini? Fikir balik. Dulu lain sekarang lain. Tapi bila orang sekarang buat majlis besar2 dan kadangkala hingga membazir, mengapa kita kaitkan dengan adat?


Mengapa harus berfikiran ;


"kalau nak ikut adat, tak kahwin la aku."


Sedangkan adat tak pernah kata begitu.
Sekali lagi aku tegaskan. Itu adalah Mindset . Bukan Adat Melayu.





Jangan menyalahgunakan nama budaya & Adat Melayu

yang kita sendiri pun tak faham.


Aku rasa ramai sebenarnya yang terkeliru dengan perkara nie. Jika orang kita berfikir macam tu, mengapa nak salahkan adat? Lihat saja orang zaman sekarang, buat majlis kahwin besar-besaran. Katanya adat begitu. Benarkan adat kita ajar begitu? Tapi cuba pula bandingkan dengan orang dahulu. Mereka buat sekadar termampu. Kenapa aku tegaskan perkara nie? Sebab aku seorang Melayu dan aku sama sekali tidak rela melihat adat Melayu disalah ertikan.

Ada orang berkata, apalah yang ada dengan bangsa. Yang penting agama, bukannya bangsa. Aku sendiri tidak faham mengapa mereka berfikiran begitu, Jika adat kita mengajarkan perkara yang baik apalah salahnya jika kita jadikan tauladan. Aku di sini bukan nak melebihkan bangsa dari agama, Bukan juga sebagai Assobiyah. Aku hanya ingin membetulkan salah faham masyarakat tentang kekeliruan anda mengenai Mindset dan Adat Resam Melayu.

Firman Allah S.W.T.

Wahai manusia , sesungguhnya kami telah mencipta kamu yang terdiri daripada lelaki dan perempuan dan kami menjadikan kamu berbangsa – bangsa dan berpuak – puak supaya kami saling mengenal antara satu sama lain . Sesungguhnya yang paling mulia dari kalangan kamu di sisi Allah swt ialah yang paling bertaqwa dari kalangan kamu. Sesungguhnya Allah Tuhan yang Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
(Al Hujurat : Ayat 13)


Sekadar renungan bersama. Kalau bukan kita sendiri yang pertahankan diri kita, siapa lagi yang akan bangun pertahankan? Kalau bukan kita sendiri yang pertahankan keluarga kita, siapa lagi yang akan bangun pertahankan? Kalau bukan kita sendiri yang mempertahankan bangsa kita. Siapa lagi yang akan bangun pertahankan? Dan kalau bukan kita sendiri yang pertahankan agama kita, siapa lagi yang akan bangun pertahankan? Tiada yang Allah jadikan sesuatu itu tanpa alasan. Sekian.


13 comments:

  1. Saya suka baca setiap artikel awak berkait pernikahan ni..Tapi zaman sekarang, rata-ratanya berkahwin seakan wajib hantaran berpuluh ribu & nak grand gitu..

    Entah ek, nak komen banyak takut ada yang kata 'lelaki ni bila bab kahwin semua nak ikut sunnah, ikut syariat. Tapi bab lain apa pun x boleh'..Hahaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak salah pun komen. Haha...memang betul org sekarang suka letak hantaran mahal2. Katanya adat. Cuma nak bagitau itu bukan adat. Tapi mindset. Kalo ikutkan, adat melayu ni pun simple jer. Takde pun sampai nak grand2 sangat pasang red carpet bagai2 smue tu...haaa :D :D

      Btw...terima kasih atas kunjungan & bacaan...

      Delete
  2. saya suka baca artikel sampai tak tau nak komen apa :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya suka baca komen sampai tak tau nak reply apa...heee :-)

      Delete
  3. NICE ENTRYY BETULKAN SAYA RASA ORANG MELAYU OR SIAPA2 SAJA PATUT UBAH PEMIKIRAN DIORANG DARI TERUS BERFIKIRAN KOLOT MCM TU KAN? SORRY TERCAPSLOCK PLAKK http://lyanaying.blogspot.my/ <----------- VISIT MINE

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Ubah.
      Ramai yg keliru antara adat dan mindset.

      Thanks for comment dear :-)

      Delete
  4. sekarang perkahwinan melayu banyak hanya ikut adat melayu, bukannya ikut syariat islam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebanyakkan dari mereka ramai yg terpengaruh dgn budaya luar.
      Kalau di fikirkan...tak ramai pun sebenarnya yang betul2 ikut Adat Melayu.
      Tapi bila mereka ikut budaya luar, ramai yg mengatakannya adat Melayu. :-)

      Delete
  5. kalo sudah cukup umur dan syarat lain kenapa tak nikah saja?
    memang bukan Melayu saja yang ikut2an dari luar
    tapi tiap daerah sudah banyak yang terkontaminasi pihak luar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin tuntutan hidupnya yg tidak mengzinkan dia menikah.

      Delete
  6. Very Nice Site, lot of Info, and great post. Have great day.
    Visit our site www.caliphsgraphic.com

    ReplyDelete
  7. nice entry.its all about mindset...:)

    ReplyDelete
  8. Ingin segera menikah .... Enak hidup bersama bisa bahagia bersama

    Nice post

    Jangan lupa visit back ya www.plinplan.net

    ReplyDelete